Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Monday 16 July 2012

Burger Daging

Resepi burger daging simple

Minggu lepas abang reqeust, untuk buat daging burger. Jadi ibu pun google la..
Jumpa banyak jugak resepi tapi ada bahan tambahan yang diperlukan jadi ibu simplekan resepi tue..

Ibu tulis resepi nie bukan apa takut lupa, nanti bila nak buat lagi boleh search sendiri..

Bahan
1) Daging cincang ( boleh buat sendiri guna food mixer atau beli je)
2) Bawang besar ( Dicincang )
3) Bawang putih ( Dicincang )
4) Lada hitam ( Ditumbuk )
5) Telur
6) Serbuk roti ( Atau biskut cream craker yang dihancurkan)

Cara Memasak
1) Gaulkan daging cincang bersama bawang besar, bawang putih dan lada hitam
2) Masukkan serbuk roti dan gaul sehingga daging melekat antara satu sama lain
3) Masukkan telur, jangan banyak sangat, agak2 daging melekat lebih baik
4) Ahkir sekali masukkan garam secukup rasa
5) Bentukkan daging tersebut bulat-bulat dan leperkan ikut saiz kegemaran. Jangan tebal sangat nanti susah nak masak dalam.
6) Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam
7) Bakar daging burger di dalam non stick pan, elakkan memasukkan majerin atau minyak (kalau nak guna olive oil tue ok la kot)
8) Bila daging dah masak, hiaskan di dalam roti burger bersama timun, tomato, daun salad, sos tomato dan mayonies.....herm sedap....selamat mencuba.

Ari tue buat dalam 200gm daging boleh dapat 6 biji burger, makan dengan roti pita. Saja nak carik kelainan...

Sunday 15 July 2012

Weekend Sebelum Ramadhan

Jalan-jalan shopping ke Jalan TAR hari sabtu yang lepas. Iye la kan masa tengah-tengah bulan nie mana la ada duit nak shopping tapi. Disebabkan raya dah tak lama untuk duit baju raya asif kitaorg dah reserve skit. Duit dari bisnes jual tudung. Cadang nak beli baju warna purpel tapi tup tup abang kata warna coklat cantik. Coklat pun coklat la.

(Gambar huhu masih belum dapat up load sebab tak beli lagi usb untuk hp huhu yang lama dah hilang kot).

OTW balik, tengok dekat sogo macam tengah buat sale. Untuk member SOGO saja, kami dua nie sememang nya bukan member la sebab bukan kaki shopping. Dok beratur nak daftar jadi ahli, terbaca dekat situ untuk pemegang maybank kad pun boleh, jadis apa lagi serbu la masuk. Boleh la beli T-Shirt untuk asif dan abang. Bila dah masuk dalam Ya-Rabbi ramainya manusia. Semua orang macam xde hari esok dah nak shopping, tapi kami redah jugak. G terus tingkat 2, carik baju abang dekat B.U.M. Memang murah la harga dia, susahkan sebenarnya nak carik baju yang harga RM30 ke bawah, kecuali dekat bundle atau pasar malam. Kualiti pun ok, jadi pilih punya pilih abang ambik baju warna merah dan oren satu. Eh itu pink la abang, bukan merah. Tapi ok la tue, sebab abang pun tak de lagi baju pink, bila lagi kan. hehe.Abg jalan tak pakai tau, teringin gak tengok abg pakai baju warna merah jambu jalan-jalan

Cadang nak solat magrib di SOGO dan sambung beli baju asif. Tapi tengok kepada keadaan orang yang macam dah 'gila' disitu. Kami ambik keputusan untuk maghrib di stesen komuter bank negara saja la. Tak nak ambik risiko.

Balik kepenatan, risau asif lapo. Masuk je keta ibu terus suap asif makan, dan minum susu. Nasib baik anak ibu nie behave bila keluar jalan-jalan. Agaknya dia suka kot tengok orang ramai. Dah ngantuk sangat die tido atas bahu ibu.

Hari ahad yang BEST!!!

Minggu lepas google, jumpa tempat menarik untuk jalan-jalan. Iaitu di Paya Indah Wetland. Selalu tengok signboard je tak tahu lak ade tempat menarik di situ. Tempat ini banyak sangat tasik bekas dregging, nama kampung kat situ pun kg dreging.

Ada 2 hippo yang asyik berendam dalam air saja tak nak naik darat sebab panas kot dan 15 ekor buaya tembaga dalam tasik. Haha macam ngeri kan, tapi kawasan tersebut berpagar dan dikawal. Jadi insyallah selamat. Hippo dan buaya tue nampak gembira di dalam tasik tersebut mungkin disebabkan kawasan untuk diaorang hidup agak luas berbanding di Zoo.(macam le boleh tahu perasaan binatang kan hahaha). Menariknya kitaorang berbasikal di situ, ibu walaupun dah lama sangat tak berbasikal tapi ibu excited dan gembira sangat. Ayah lak kata nak datang lagi, bawak pancing. Boleh la ibu tumpang g jalan-jalan lagi kat situ kan. Selain hippo dan buaya, ada ayam yahudi, merak (yang bebas berjalan-jalan di kawasan tue), ikan dalam tasik, monyet dan lain-lain lagi. Asif nampak macam tak happy mungkin sebab dia tak paham lagi, dan penat saja. Tapi nanti bila asif dah besar skit mesti asif nak pegi lagi kan.

Harapan, semoga bulan puasa yang bakal menjelma akan menambahkan iman di dada, dosa-dosa yang banyak akan mendapat pengampunan daripada-Nya. (Herm dah tak boleh puasa penuh macam tahun lepas la)