Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Tuesday, 23 April 2013

Bulan untuk Family Day

Bulan April nie adalah bulan family day untuk kami. Sebab iye la kan dah ada 2 family day yang kita orang pergi...satu family day opis di Camar Laut, Bagan Lalang pada 6-7 April 2013 dan satu lagi pejabat abang di Sungai Congkak.

Dua-dua pun best tapi tak boleh enjoy sangat la sebab asif tengah aktif dan tak leh nak lepas dia main tengah panas sangat nanti demam pulak...jadi kena berkurung la jugak dia...masa di Camar Laut tue okay la sebab ada kitaorang ambik bilik, masa dekat Sungai Congkak tue kesian jugak la tengok budak2 kecik lagi yang kena berjemur...lepas tue kena kurung la diaorang dalam surau kan, seb baik tak masuk waktu solat lagi kan....

Tapi macam biasa la kan, kalau dah family day...memang balik bawak hadiah je la kan...main sikit dapat hadiah, main sikit je dapat hadiah (konfiden je kan hehehe)...

Aktiviti masa family day di Camar Laut

6/4/2013:

Petang : Daftar diri (terus je masuk bilik), makan petang (port luck), sukaneka (asif enjoy la sebab dia boleh main, petang redup jadi memang boleh bagi dia main la, tapi lepas tue terus hujan lebat), lepas sukaneka masuk bilik. Saya gi tolong diaorang sikit la, berbbq dan buat coslow untuk makan malam)

Malam : Makan malam...(asif memang nak sangat main, tapi kitaorang tak lepas dia sebab budak2 lain dah besar2 dan diluar kawalan, jadi tak nak ambik risiko kitaorang bawak asif masuk bilik, konon nak bagi tido tapi tak dapat la sebab dia excited tengok tempat baru), untuk makan malam memang de best la kan sebab bbq, kambing, ayam, ikan, sotong....yang lain diaorang ade main2 bola beracun dan berkaraoke (siap bos pun nyanyi skali tau), tapi saya tak dapat join.


Asif excited di dalam bilik
 
Jalan-jalan di tepi pantai

Muka ceria di waktu pagi...jangan tertipu asif tak mandi lagi nie hehehe...kesian nak mandikan awal pagi...

Aktiviti main di tepi pantai

Bergambar dengan sepupu abang...

Bergambar dalam kereta...

 
 

Pemandu kecil...asif pandang depan la...


7/4/2013

Pagi : ada sukaneka, masa nie memang bagi asif main dalam bilik saja la sebab dah start panas game start pun dah kul 9.30pg.

Tengahari : Balik la....banyak dapat hadiah tapi semua bagi kat sepupu sebab iye la diaorang kan budak2...let them enjoy.


okay...next entry saya ceritakan famili day di sungai congkak pulak ye...nak turun lunch...lapo la...sekarang tengah stress kerja banyak...cepat je lapo....

Sunday, 10 March 2013

Isteri Solehah...

Untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian dengan kawan-kawan....
 
Bila terbaca nie terus rasa insaf....semoga diri dapat berubah untuk jadi lebih baik....
 



Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin dalam Q&A Edisi 8 meletakkan 7 syarat menjadi isteri solehah.

1- Ada hidayah daripada Allah.
Hidayah merupakan anugerah Allah SWT. Seorang isteri yang duduk disamping suami yang soleh, tidak akan menjadi seorang yang baik jika tidak diberi hidayah oleh Allah. Sebaliknya isteri kepada suami yang jahat akan tetap juga baik jika mendapat hidayah dari Allah. Contoh : Siti Asiah, isteri kepada Firaun.

Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam) ~ At-Tahrim 66:10

2- Ada niat untuk menjadi isteri yang solehah.
Niat memainkan peranan penting dalam menjadikan seorang itu baik atau tidak. Jika seseorang itu tidak pernah berniat untuk menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik.

3- Taat kepada suami
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Daripada Ibnu Umar r.a daripada Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam. "Mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat." (Riwayat al-Bukhari)

4- Ada sifat-sifat isteri yang solehah
Isteri yang solehah mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan sentiasa berada di sisi suami. Rasulullah Sollalahu Alaihi Wassalam menggambarkan keadaan isteri yang sebegini, "Dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a)

5- Ada amalan isteri yang solehah
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Daripada Abi Umamah r.a, Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam bersabda: "Tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang Mukmin selepas takwa yang lebih baik daripada seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya, isterinya itu akan mentaatinya, jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia tiada, isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya." (Riwayat Ibnu Majah)

6- Meletakkan Allah SWT dan Rasul sebagai cinta pertama
Mentaati suami bukan kerana suami tetapi kerana perintah Allah SWT. Justeru tidak ada alasan menderhakai suami disebabkan perangai suami tidak elok. Mentaati suami kerana mahukan keredhaan Allah SWT dan kasih sayang-Nya. Jika istiqamah berpegang dengan niat yang ikhlas, nanti Allah akan menganugerahkan kepada isteri kasih sayang suaminya itu sampai akhirat.

7. Banyakkan berdoa
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa untuk menjadi orang yang baik amat perlu. Mintalah kepada Allah setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah SWT telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita solat. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah solat kita. Doa itu berbunyi, "Tunjukilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah 1:6)

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seseorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi suami pula, doakanlah isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Ustaz menambah, sayangkan isteri doa-doakan. Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.


"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik.

ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk"

(al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)
 
 
 

Wednesday, 20 February 2013

Harapan telah bersinar kembali

Akhirnya atas bantuan immediate bos dapat jugak saya join kursus Rekabentuk Tetulang yang akan di ajar oleh Ir Mohd Salleh Yassin...harap kursus ini dapat membantu saya dalam meningkatkan ilmu dan keyakinan untuk mengguna Eurocode selepas ini....


<<<<<<<YABEDABEDU>>>>>>

Monday, 18 February 2013

Harapan...harapan menjadi layu...

Mungkin lirik lagu ini sesuai dengan diriku hari nie...

Sebab dari tahun lepas lagi bos ada inform, ada kursus anjuran CKASJ untuk rekabentuk struktur konkrit bertetulang guna Eurocode akan menjemput penceramah luar...nak tau sapa....ha nin dia pojaan hati ku...Ir Mohd Salleh Yassin masa kat uni la sekarang dah bertukar orang...dia adalah lecturer favourite masa dekat uni dulu...sebab dalam kelas selalu saja ada cerita yang best (untuk hilangkan bosan kot...ada jugak kawan yang salin citer tue dalam buku..sebab tak nak lupa). Yang bestnya lagi dia mengajar paham dan yang paling penting die hensom heheheh...

Jadi cek nie mengidam la nak gi kursus tue sebab memang nak belajar pasal eurocode dan kursus tue sangat menarik dan tertarik...sesuai dengan perubahan yang CKASJ nak buat sekarang...

Tapi....petang semalam...kawan-kawan yang apply semua dah dapat email jemput...diaorang dapat kenapa aku tak dapat email lg pun...huhu sedih...terpaksa terima hakikat harapan ku untuk join kursus tue terpaksa dilupakan...

Tapi dah tak nak pikir lagi...pikir positif mungkin ada hikmah disebalik semua nie huhu...mari la siapkan kerja yang ada ini....tahun depan boleh apply lagi...insyaallah Ir Salleh Yassin yang mengajar lagi huhuhu....

Sunday, 17 February 2013

WARISAN KITA

Lirik Lagu Warisan Kita

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Dulu masa kem kat sekolah atau kat uni selalu dinyanyikan lagi nie...memang sedih bila nyanyikan lagu nie..kadang-kadang air mata yang bergenang akan menitis jugak...

Semuanya mengenangkan pasal kisah orang melayu, kita dahulu tuan di bumi ini...tapi sekarang terpaksa merintih mendapatkan tanah (harta kita) yang memang milik kita tapi kepunyaan orang lain...

Tapi sekarang baru faham, lagu tue jugak berkaitan dengan harta warisan keluarga aku...arwah tok (al-fatihah untuk tok) pernah bercerita sewaktu duduk-duduk ambil angin dekat depan rumah atas buaian, atau kadang-kadang masa melawat tok kat rumah sambil minum air teh...tok cerita pasal tanah itu, tanah ini, orang nie tak bayar sewa tanah, orang tue dah lama tak hantar duit getah, kelapa sawit, padi...memang waktu tue setakat mendengar (seusia 12 tahun tok dah bercerita pasal semua nie sampai la di uni dan tok meninggal dunia) tapi seawal usia tue...mmg tak paham kenapa tok bercerita pada cucu-cucu tok...cuba ingat nama orang yang tok sebut tapi lepas bangun dari buaian mesti dah lupa...(bukan aku saja tapi semua cucu tok, tok cerita pasal tanah) tapi kami semua tak paham...pendirian aku...kalau nak harta...kumpul la sendiri...carik la sendiri...cukup la bekalan ilmu dan didikan yang arwah tok bagi dan mak ngan abah bagi untuk aku...tak perlu semua harta ini...

Arwah tok jugak pernah marah dengan mak ngah...aku juga tak tahu sebab..aku cuma tahu...tok marah makngah sebab mak ngah kawin baru.....sekarang baru aku faham tok marah sebab habis harta tok yang tok tukar atas nama arwah pak ngah untuk tujuan pinjaman bank... dijual mak ngah lepas pak ngah meninggal bila makngah kawin baru...semua harta tue tok nak bahagi untuk anak2 tok yang yang lain jugak tapi tak sesampaian..tapi sekarang...aku tengok mak dah tak marah makngah...dah baik dengan mak ngah...kesian jugak dekat mak ngah lepas dugaan yang menimpa dia...hidup mak ngah dah tak senang lagi...makngah dah kena berniaga kuih semula...

Tapi

Awal tahun lepas...ada tanah berhampiran rumah dipacakkan papan tanah (oleh broker) tanah untuk dijual....(selama ini aku memang hairan tanah ini milik siapa...kenapa tak diusahakan sebab keliling tanah tue ada sawah padi)...aku memang berniat hati untuk membeli tanah tue tapi takut nak tanya mak...dan sekarang telah dijual pada seorang cina dengan harga yang agak murah (tak setimpal dengan harga tanah tapi aku masih belum mampu untuk membeli la)...cerita mak sebenarnya tanah tue milik arwah moyang aku, dan masih banyak lagi tanah-tanah lain yang masih atas nama arwah moyang aku yang masih tak ditukar nama...tanah berhampiran rumah kami tue dijual orang oleh yang tak ada kaitan dengan tok...mak kata diaorang dah buat report polis dan polis tengah buat siasatan...

Dan banyak lagi harta-harta arwah moyang yang masih belum ditukar nama...dan banyak jugak telah dijual oleh tok sedara aku (yang masih hidup)...di dalam diri memang terasa geram...kenapa tanah tue perlu dijual...senang nak dapat senang nak dilepaskan...tak boleh ke kerja untuk dapatkan duit...berusaha...tapi apakan daya...aku hanya generasi ke tiga..apa yang aku boleh lakukan...tak mahu berpeluk tubuh tapi suara kecilku tak kedengaran di dalam lautan suara-suara besar yang lain...bukan harta yang ingin ke kejar tapi warisan berkurun ingin ku pertahankan...pulau pinang telah dipimpin oleh orang cina tapi tanah di pulau pinang bukan milik bangsa tersebut...aku tak mahu ini berlaku...

Itu la...selalu dengan org kata harta kite kena urus...bagi nama pemegang amanah...

aPA YANg Aku mERepEk nIE...cUmA LA lUAHAN rAsA...HEheheE...
korang tak paham pun tak pe....tak ambik hati pun...

Monday, 28 January 2013

JALAN-JALAN DI PUTRAJAYA

Sebenarnya tengah tunggu bos nie, kata nak betulkan slide tapi sampai sekarang bos tak masuk lagi...
Agaknya pergi bos kursus kat PJD dulu kot..
So ambil kesempatan untuk update blog dulu kejap....

Ini la aktiviti kami bertiga di waktu weekend di Putrajaya...hehe tak membazir wit sebab tak de kedai pun nak shopping...menjelajah ke taman-taman di Putrajaya..orang kata kalau duduk kat purtajaya nie bosan sebab tak de aktiviti tapi bagi kite...kite suka sebab banyak jugak aktiviti yang boleh dibuat...banyak taman2 yang boleh di lawati..contohnya...taman botanik (ada tasik), wetland (ada tasik jugak), kelab tasik putrajaya, PICC, Pusat Renang Putrajaya dan lain-lain yang menawarkan pemandangan yang cantik dengan harga yang murah atau free saja tak perlukan bayaran...

Ini lawatan kite sekeluarga di Wetland Putrajaya..dekat sini ada burung-burung, itik-itik dan angsa...kali kedua kitaorang datang sini...kat sini jugak ada tasik yang dihuni oleh flamingo dan menara cerapan cuma gambar je tak ambik lupa pulak...(masuk percuma je)...

Layan dulu gambar
 Gambar asif dah ayah..sebelum dilepaskan



 Ha nampak ade sekor angsa hitam disitu






 Ini Pak Su Man...(adik kite yang last)...

 Sama panjang je muncung ayah dengan paruh itik tue hehehe...

 Angsa hitam telah membawa diri ke tasik

 Selain itu, dekat wetland putrajaya ini jugak ada dewan pameran, basikal untuk disewa dan jogging track...

Kat sini pulak di berhadapan dengan Perbadanan Putrajaya...tempat lepak2 famili sambil beraktiviti...free je

Asif dah pandai berjalan...waktu ini asif baru setahun 2 bulan...
Sewaktu kitaorang sampai sini...diaorang tengah buat preparation untuk majlis sambutan tahun baru 2013..miss nina tengah raptai...asif tumpang joget je...
 Tatih-tatih asif
 Okay rehat jap..
 Yang nie di tempat yang sama 2 minggu selepas itu
 Muka budak baru bangun tido
 Asif excited jalan-jalan dah tak hirau ibu dan ayah dah...

 Alamak jatuh pulak....

Ha...cantik kan...sape kata putrajaya nie boring...cer duduk sini dulu baru tau...hehehe...
Setakat ini catatan jalan-jalan di putrajaya...ada masa nanti sambung lagi ek...

Sunday, 6 January 2013

Cuti Tahun Baru 1/1/2013

Selamat Tahun Baru Tahun 2013...dah terlambat untuk diucapkan iye la kan dah 7 hb pun...



Semoga tahun baru ini bertambah iman didada dan amal kita...

Bercakap tentang tahun baru ini mesti tak lari daripada azam kan...jadi ape ye azam saya tahun nie...
Herm...
1. Nak Kurus (azam saya setiap tahun hehehe)
2. Nak Dapatkan PE (nie azam baru tak penah dibuat lagi...tapi mmg bertekad nak dapat jugak sebab next year org kata lagi susah)
3. Nak jadi isteri yang solehah (hehe...)
4. Nak jadi ibu yang baik (nak tambah anak...herm...lepas siapkan PE kot..hehe)

Insyaallah, akan diusahakan untuk capai semua azam tue...ada gak berazam nak beli rumah tahun nie..tapi tak berani sebab macam susah je nak dicapai kan.