Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Tuesday, 9 July 2013

Oh nasi lamuni dan nasi daging....




Nasi Lamuni
Memang kegemaran saya makan nasi lamuni dan nasi daging, makanan wajib dicarik masa balik penang adalah nasi lamuni di pasar tani tasek gelugor setiap hari ahad...akan diangkut sekali asif dengan ayahnya...hehe...

Masa kerja di KOMTAR dulu memang ada satu kedai jual nasi lamuni nie, kiranya kalau teringin turun bawah breakfast sure ada punya tapi kena awal la sebab cepat habis..Nasi lamuni nie cukup dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal ikan kering ada jugak la suka makan dengan rendang daging atau sambal sotong...perrrgh memang sedap...tahu nak banding rasa...memang lain...
  
gambar nasi lamuni ehsan pakcik google..

 Gambar atas nie...pokok lamuni...saya sendiri pun tak pernah tengok nie heee...kat kampung tak de...


Nasi lamuni nie, memang susah nak cari kat kuala lumpur..tak tahu la ada orang jual ke tak..hari tue kat opis diaorang masak..tapi daun tue dibawah khas daripada kedah la kan...huhuhu...time mengandung nie la nak mengidam benda-benda susah nak carik...kalau ada kat kl nie sure nak g serbu huhu...

Nasi Daging

Satu lagi makanan tradisi orang utara yang tidak dikomersialkan di KL nie. adalah nasi daging.(iye la tak macam nasi kerabu, nasi dagang, nasi beriani, nasi padang kan banyak jual dekat pasar malam)..memang susah jugak la nak carik....kalau ada pun tak terbaik macam mak masak....Kalau balik penang selalu mak akan masak nasik daging terutamanya time bulan puasa nie kan...kat surau mesti akan ada kenduri nasi daging...aishhhh sedapnya...kecur air luir den...

Nak masak sendiri bukan tak pandai tapi tak sedap macam mak masak...sebab air asam saya mesti tak jadi...nasi daging nie yang penting air asam dia..sebab nasi tue tak susah sebab dah ada perencah cuma air asam tue...sampai sekarang masih tak pandai buat...dah belajar daripada mak tapi still jadi macam mak buat huhuhu....(kalau kak long buat lagi la sedap..)...dimakan dengan daging yang direbus sehingga empuk..resepi mak daging nie akan dimasak bersama puri tomato..susu sejat dan lain-lain.. Dulu masa kecik-kecik mesti akan tambah 3 kali sampai tak leh nak telan lagi...sekarang pun sama...(abg pun suka gak nasi nie ari tue balik kg mak tak buat...dia siap tanya...balik nie mak tak buat nasik daging la....hehe)...


Ini sajala kisah orang mengidam nak makan makanan kat penang...sebenarnya teringin nak balik kg tapi bulan lepas baru saja balik...turn untuk balik klate pulak...tak pe la redha je la...duit pun tak berapa nak ada... (sebab nak kena cari barang persiapan untuk raya lagikan...)..simpan la dulu rasa teringin nie sampai la lepas raya nanti kan....huhu..


Haaa..ada lagi cucur udang pun teringin jugak...tapi yang boleh buat sendiri...
cucur udang penang..orang lebih luar kenal dengan nama pasembor...selalu dibeli dekat padang kota..tapi lagi best yang beli kat pasar tani atau pasar malam sebab orang melayu yang buat bukan mamak...harga pun tak de la mahal sangat...


Tuesday, 23 April 2013

Bulan untuk Family Day

Bulan April nie adalah bulan family day untuk kami. Sebab iye la kan dah ada 2 family day yang kita orang pergi...satu family day opis di Camar Laut, Bagan Lalang pada 6-7 April 2013 dan satu lagi pejabat abang di Sungai Congkak.

Dua-dua pun best tapi tak boleh enjoy sangat la sebab asif tengah aktif dan tak leh nak lepas dia main tengah panas sangat nanti demam pulak...jadi kena berkurung la jugak dia...masa di Camar Laut tue okay la sebab ada kitaorang ambik bilik, masa dekat Sungai Congkak tue kesian jugak la tengok budak2 kecik lagi yang kena berjemur...lepas tue kena kurung la diaorang dalam surau kan, seb baik tak masuk waktu solat lagi kan....

Tapi macam biasa la kan, kalau dah family day...memang balik bawak hadiah je la kan...main sikit dapat hadiah, main sikit je dapat hadiah (konfiden je kan hehehe)...

Aktiviti masa family day di Camar Laut

6/4/2013:

Petang : Daftar diri (terus je masuk bilik), makan petang (port luck), sukaneka (asif enjoy la sebab dia boleh main, petang redup jadi memang boleh bagi dia main la, tapi lepas tue terus hujan lebat), lepas sukaneka masuk bilik. Saya gi tolong diaorang sikit la, berbbq dan buat coslow untuk makan malam)

Malam : Makan malam...(asif memang nak sangat main, tapi kitaorang tak lepas dia sebab budak2 lain dah besar2 dan diluar kawalan, jadi tak nak ambik risiko kitaorang bawak asif masuk bilik, konon nak bagi tido tapi tak dapat la sebab dia excited tengok tempat baru), untuk makan malam memang de best la kan sebab bbq, kambing, ayam, ikan, sotong....yang lain diaorang ade main2 bola beracun dan berkaraoke (siap bos pun nyanyi skali tau), tapi saya tak dapat join.


Asif excited di dalam bilik
 
Jalan-jalan di tepi pantai

Muka ceria di waktu pagi...jangan tertipu asif tak mandi lagi nie hehehe...kesian nak mandikan awal pagi...

Aktiviti main di tepi pantai

Bergambar dengan sepupu abang...

Bergambar dalam kereta...

 
 

Pemandu kecil...asif pandang depan la...


7/4/2013

Pagi : ada sukaneka, masa nie memang bagi asif main dalam bilik saja la sebab dah start panas game start pun dah kul 9.30pg.

Tengahari : Balik la....banyak dapat hadiah tapi semua bagi kat sepupu sebab iye la diaorang kan budak2...let them enjoy.


okay...next entry saya ceritakan famili day di sungai congkak pulak ye...nak turun lunch...lapo la...sekarang tengah stress kerja banyak...cepat je lapo....

Sunday, 10 March 2013

Isteri Solehah...

Untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian dengan kawan-kawan....
 
Bila terbaca nie terus rasa insaf....semoga diri dapat berubah untuk jadi lebih baik....
 



Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin dalam Q&A Edisi 8 meletakkan 7 syarat menjadi isteri solehah.

1- Ada hidayah daripada Allah.
Hidayah merupakan anugerah Allah SWT. Seorang isteri yang duduk disamping suami yang soleh, tidak akan menjadi seorang yang baik jika tidak diberi hidayah oleh Allah. Sebaliknya isteri kepada suami yang jahat akan tetap juga baik jika mendapat hidayah dari Allah. Contoh : Siti Asiah, isteri kepada Firaun.

Allah SWT menceritakan hal ini:
"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Kedua-duanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suami mereka itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun daripada (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-duanya):"Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (Jahannam) ~ At-Tahrim 66:10

2- Ada niat untuk menjadi isteri yang solehah.
Niat memainkan peranan penting dalam menjadikan seorang itu baik atau tidak. Jika seseorang itu tidak pernah berniat untuk menjadi baik, maka dia tidak akan dapat merubah dirinya ke arah yang lebih baik.

3- Taat kepada suami
Mentaati suami merupakan perkara yang wajib selagi tidak melanggar syariat Allah. Daripada Ibnu Umar r.a daripada Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam. "Mendengar dan taat adalah hak (yang perlu ditunaikan) selagi tidak diperintahkan untuk maksiat, apabila telah disuruh kepada maksiat maka tiada lagi hak mendengar dan taat." (Riwayat al-Bukhari)

4- Ada sifat-sifat isteri yang solehah
Isteri yang solehah mempunyai sifat-sifat keibuan walaupun terhadap suami. Ia membelai, mendengar, menghargai dan sentiasa berada di sisi suami. Rasulullah Sollalahu Alaihi Wassalam menggambarkan keadaan isteri yang sebegini, "Dunia itu merupakan perkara yang menyejukkan, dan sebaik-baik perkara yang menyejukkan adalah perempuan yang solehah." (Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Amru r.a)

5- Ada amalan isteri yang solehah
Isteri yang solehah akan membuat perkara-perkara yang menyenangkan suaminya. Daripada Abi Umamah r.a, Nabi Sollalahu Alaihi Wassalam bersabda: "Tiada perkara yang paling menyenangkan bagi seorang Mukmin selepas takwa yang lebih baik daripada seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya, isterinya itu akan mentaatinya, jika dilihat padanya maka isterinya itu amat menyenangkannya dan jika dia tiada, isterinya itu akan menjaga diri dan hartanya." (Riwayat Ibnu Majah)

6- Meletakkan Allah SWT dan Rasul sebagai cinta pertama
Mentaati suami bukan kerana suami tetapi kerana perintah Allah SWT. Justeru tidak ada alasan menderhakai suami disebabkan perangai suami tidak elok. Mentaati suami kerana mahukan keredhaan Allah SWT dan kasih sayang-Nya. Jika istiqamah berpegang dengan niat yang ikhlas, nanti Allah akan menganugerahkan kepada isteri kasih sayang suaminya itu sampai akhirat.

7. Banyakkan berdoa
Hidup kita tidak boleh lekang dengan doa. Kepentingan doa untuk menjadi orang yang baik amat perlu. Mintalah kepada Allah setiap hari. Oleh kerana pentingnya doa ini, Allah SWT telah mewajibkan kita membaca satu doa setiap kali kita solat. Jika kita tidak membaca doa ini, maka tidak sah solat kita. Doa itu berbunyi, "Tunjukilah kami jalan yang lurus" (Al-Fatihah 1:6)

Oleh yang demikian, untuk menjadi isteri yang solehah, seseorang isteri itu perlu mendoakan dirinya. Bagi suami pula, doakanlah isterinya agar menjadi isteri yang solehah. Jika orang tua-tua kita pernah berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, Ustaz menambah, sayangkan isteri doa-doakan. Ini kerana, doa suami akan membantu perubahan diri isteri dalam usaha mereka untuk menjadi isteri yang solehah.


"Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai pasangan yang baik.

ini kerana mereka hanya memikirkan yang buruk"

(al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad Abdullah)