Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Monday 28 May 2012

Oh keropok lekor

17-21hb yang lepas kami sekeluarga pegi ke terengganu, dungun. Kenduri sepupu hubby ain. Kendurinya hari jumaat, akad nikah ari khamis malam lepas isyak

Terpaksa ambik cuti untuk pergi ke sana. Hubby nak bertolak petang, kalau sempat nak pegi majlis akad nikah katanya. Cuti pun cuti lah...lagi pun rumah tak berkemas lagi sejak pindah ari tue, barang dalam stor banyak lagi baju2 kurung tak masuk lagi dalam almari. Herm nak pindah cepat je, kalau nak kemas lambat mau makan masa setahun nak kemas hehe...

Entry nie bercerita saja nak masuk gambar tak de extention lagi hehe. Nak kena carik jugak nie hehe sebab bercerita tanpa gambar x best kan.

Pukul 12.00 tgh bertolak la ke terengganu lepas ambik asif di rumah pengasuh. Bukan main ceria muka dia sebab ibu ambik awal. Singgah la makan dekat gombak, sebab ibu x sempat nak masak, ambik ikan bakar keli, daging masak itam dan sayur, nasi 2 pinggan air kopi air dan nescafe air. Semua nak tahu berapa 20 hinggit. Konon dah jimat tapi mahal jugak baik makan mcd je kata hubby. Betul tue. Dalam kereta sempat la dia tido kejap(dengan ibu dan ayah sekali sebab dah xtahan mata, agaknya sebab makan tadi kot banyak letak aji huhu), yang lain herm lompat-lompat la dia dalam keta. Dah makin lasak asif nie. Tue baru 6 bulan nanti dah boleh merangkak tak tahu la, sama naik dengan tarieq ke agaknya.

Pukul 6.00 petang  (alamak kawan dah telepon ajak breakfast...nanti sambung ke entry yang lain ye...daaaa...)

No comments:

Post a Comment