Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Tuesday 1 May 2012

Oh komuter....

Sebenarnya hari nie bercadang untuk belajar naik komuter. Dah seminggu bagitau hubby, mmg dia support pun. Sbb memang menjimatkan sehari baru rm3 pegi balik, kalau naik keta, parking pun dah rm9.00 Tapi disebabkan my litlle baby (asif) tak boleh tido malam tadi. Ibu pun tak boleh nak bangun awal. Hubby cakap kalau nak naik komuter kena keluar rumah sebelum 6.00 pagi, maksudnya ibu kena bangun kul 5.00 nak prepare makan asif, pam susu dan siap g keja. Mane la ibu boleh bangun seawal itu bila asif boy setiap jam bangun. Kesian lak dia pagi tadi tengok ibu nak keluar nangis. Nak ibu dukung. Tapi hubby cakap 'cepat keluar dah lewat tue' sebab kalau ibu ada sure asif tak nak kat ayah dia. Atas highway lak daripada  tol sungai besi sampai la, jalan keluar jalan klang lama jem. Terpikir...kalau naik komuter macam mana eh. Hish bila la ada kekuatan nak naik komuter nie, leh berjimat skit. Nak jimat ke nak selesa dan masa untuk rumah. Sila pilih salah satu ye


Kat opis sekarang nie  masih tak de kerja nak buat. Bosan..bosan...bosan. Hari-hari datang kerja, google buku2 yang nak guna, download sementara ada waktu nie. Yang free je la kan. Kalau nak bayar tue, ke tepikan dulu. Rindu keja di KPM dulu, banyak kerja nak kena buat. Takyah nak tunggu bos suruh buat, kita gerak sendiri. Kalau ada masalah atau nak buat keputusan baru g rujuk bos. huhuhu..rindunya keja di sana. Rasa diri diperlukan, walaupun tak pernah dihargai. Tapi saya tak kesah asalkan saya ada kerja nak buat.



Tahun lepas masa pregnant pun sibuk lagi kesana ke mari jumpa bos dan tetamu (konsultan dan kontraktor la kan) sampai hubby dan opismate pun cakap dah-dah la tue. Macam dah tak larat nak jalan dah. Mmg xlarat nak jalan pun sebab badan dah rasa berat. Jalan pun terkedek-kedek mcm peguin. Tapi disebabkan kerja mmg saya kena buat, saya tetap gagahkan diri. Alahai rindunya keja di situ. ps..satu je kerja yang saya tak suka kat sini adalah melayan kerenah PTD yang lain mmg best.

Tp hubby dan x-opismate cakap sekarang dah lain, surat pun dah xbanyak masuk. Tak tahu surat tue kemana. Macam ngeri pun ada, abis tak kan projek tak de masalah, macam mana masalah nak selesai kalau konsultan tak refer ke KPM. Habis tue sapa saya tolong selesai kan maslaah tue. Ngeri dengar, nasib baik jugak saya dah keluar gak kan. Politik di tempat kerja nie memang tak kan selesai. Kalau layan lagi kita pening, bagi saya yang penting saya nak selesaikan kerja yang diberikan pada saya. Orang lain nak buat apa pun buat lah, Allah tahu apa yang kita buat. (nie ayat terkilan la jugak sebab walau dah 3 tahun kerja disana tapi xpenah dapat APC pun huhu).

So di tempat baru sekarang, saya yakin ada kerja yang perlu dibuat tapi disebabkan masa masih belum tiba jadi kerja belum diberikan pada saya. Jadi saya kena positif, saya tetap datang kerja dan buat apa yang perlu. Contoh, belajar untuk buat manual, belajar nak guna software dan cari buku rujukan supaya nanti bila dan ada kerja saya dan bersedia. Go..baiti go..

Apa la yang saya merepek nie kan, daripada nak cerita Komuter dah jadi cerita kenangan di KPM pulak...hehe

sekian......my first catatan dalam Sweet Memory..

No comments:

Post a Comment