Gambar di hari pernikahan ku

Gambar di hari pernikahan ku

Monday, 10 December 2012

Anak ibu dah pandai jalan

9.12.2012 Ahad....

Semasa perlawanan bola antara Malaysia dan Thailand, asif menunjukkan skill terbaru di depan ibu, ayah dan ayah cik dia...Asif dah pandai jalan, dah pandai melangkah dalam 10 tapak...walau pun jatuh banyak kali tapi asif tetap bangun mencuba...bagus anak ibu...

Asif terus mencuba-mencuba penat sampai muntah la...excited sangat la tue...sabar asif masa masih panjang..(padahal ibu yang excited kan hehe)..Alhamdulillah...

Waktu pelawanan tue Malaysia seri dengan Thailand 1-1...ha macam mana tue nanti kena kerja keras lagi la masa lawan di thailand...all the best harimau malaya...

Gambar asif sewaktu praktis dirakam di kamera ayah jadi ibu tak dapat nak download huhu...

Tuesday, 13 November 2012

Singgang Daging Resepi Mak Mentua Eden...

Weekend lepas, mak dan abah dah sampai dari Mekah...Alhamdulillah sihat kedua-duanya..
Cuma bahu mak patah so sekarang nie dia kena berehat la tak leh lagi nak buat kerja rumah...

Jadinya kena la jadi chef import kejap...husband cadangkan buat singgang daging...singgah pasar tani di tasek gelugor beli daging 1/2 kilo dengan tulang 1 kilo...

Resepi Singgang Daging ( dicoretkan disini untuk peringatan untuk diri sendiri dan untuk dikongsi bersama)

Bahan-Bahan

1. Tulang lembu 1 kg
2. Lengkuas diketuk
3. Halia diketuk 3inci
4. Bawang Besar 2 ulas - diketuk
5. Asam Keping 4 keping
6. Ketumbar ditumbuk
7. 4 bijik cili kering ditumbuk
7. Budu 2 camca ( untuk penyedap tak letak pun tak pe)
8. Garam secukup rasa
9. Gula ( untuk penyedap tak letak pun tak pe)

Cara-cara memasak

1. Rebus tulang sehingga daging empuk dan goyang2 (petua letak kan biji kurma masa merebus)
2. Masukkan lengkuas, halia, bawang besar, asam keping, ketumbar, cili kering dan budu sehingga bawang agak lembut.
3. Masukkan garam dan gula. Adjust rasa sehingga ikut selera masing-masing.
4. Siap sedia untuk dihidang.




Gambar tak sempat nak ambil...ihsan daripada pakcik google..

Selamat Mencuba...

Thursday, 8 November 2012

Asif Sudah Setahun

1 November 2012 dah setahun anak teruna ibu nie...

Kek hari lahir asif (cadang nak beli kek secret recipe siap gi kota bahru carik kek...tapi sampai je kat secret recipe tue tulis kek dah abis...huhu..tapi kan best kalau ibu leh buat kek sendiri huhu..Insya'Allah kan diusahakan)


Sambutan hari lahir setahun asif, kami buat di kelantan. Simple saja...sebijik kek dan sate. Tetamu dalam 50 orang huhu boleh la sorang sikit..

Asif tahu apa-apa lagi dia siap nak letak kaki atas kek tue...pastu ibu suapkan kek dia tak nak makan...

Pencapaian asif sekarang dia dah pandai merangkak itu pun seminggu sebelum birthday dia dan dah pandai bangun berdiri sendiri selama 10 saat..Asif dah pandai cakap nak..nak...kalau dia mintak susu sambil tunjuk susu dan pandai bagi barang di tangan kalau ibu mintak meh..meh...

Tengok la gambar anak teruna ibu yang dah setahun nie...

 
Malu-malu ibu tangkap gambar

 
Tengah sibuk men'gemas' rumah

 
Gambar masa raya korban 25/11/2012

 
Pandai asif senyum....

 
Dah pandai makan sendiri....roti filling dengan coklat...


Selamat hari lahir yang pertama Muhammad Asif bin Muhd Kamarul Azuar...semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat..

p/s ingat lagi masa hari raya korban tahun lepas...orang tengah takbir raya asif dalam wad sesorang 'inbukator' sebab kena demam kuning...4 hari dalam hospital swasta tapi kuning tak turun...decide masuk hospital kerajaan sehari saja dah boleh keluar...alhamdulillah...

Monday, 5 November 2012

Raya Korban 2012 di Kelantan

Menanti kepulangan orang yang disayang daripada mekah...terasa amat teruja...Insyaallah esok..


Sambutan bagi raya haji yang lepas...alahmdulillah dapat la tengok korban di kelantan untuk pertama kali...di kelantan bezanya dengan negeri saya penang...korban dilakukan sendiri oleh tuan penjual lembu dengan bantuan keluarga...

Kalau di penang korban di buat di masjid atau surau...jadi sekali korban ada la dalam 12-15 ekor lembu..

Tengok la...
lembu yang telah dikorban...

asif ngan tok su wa...

asif dengan ibu...

peserta-peserta korban...

daging dah siap lapah...gambar sebelum tue tak sempat nak ambil sebab asif dah nak tido....

Lembu dah berjaya ditumbangkan...besar lembu nie...

Chaiyoookk abang...selamat berjaya melapah lembu ye..hehehe...
See ya in the next entry

Wednesday, 15 August 2012

Persiapan Raya 2012

Tahun ini tahun pertama asif menyambut raya puasa, iye la tahun lepaskan asfi lahir sebelum raya haji dan pada hari raya haji asif masuk hospital sebab kena demam kuning...sekarang asif dah 9 bulan...asif dah pandai buat sit up...tapi kaki dia saja dia tak pandai bengkokkan lagi.

Minggu lepas paling sadis kecian asif kena cirit birit dan muntah-muntah yang teruk...iye la orang kata dia nak ringankan badan sebab nak merangkak tapi bila tanya doctor bukan sebab tue tapi asif keracunan makanan. Mungkin sebab dia makan benda yang di kutip dari lantai, kita pun tak pasti, yang penting kena jaga kebersihan dan gantikan garam yang hilang (akibat cirit birit dan muntah tue) dengan air garam. Hari pertama dan kedua memang sangat seedy tengok asif, nangis je dia...nak main pun xlarat..lepas tue tido. Tapi sekarang dah makin cergas Cuma semalam tengok pampers dia ada kesan darah...risau nye ibu..Pegi klinik semula semalam, doctor bagi antibiotic sebab mungkin ada jangkitan. Baca dari ehsan en google, cirit birit ini akan hilang dalam masa 5 hingga 7 hari. Harap2 asif cepatla sihat ye..kecian anak ibu ini.

Hari ini last day kerja, perancangan awal kami sekeluarga akan bertolak malam ini tapi disebabkan keterujaan hubby nak sangat balik kampong, dia mintak saya ambik half day hari ini. Jadi insyallah kami akan bertolak kejap ke lagi dalam pukul 1 @ 2. Pengalaman pertama balik raya di Kelantan, tahun lepas raya ke 2 baru balik sana, memang merasa jem la kan...roti je lupa beli kalau tak sedap jugak la boleh sapu je jem tue atas roti....alamak melalut pulak...iye la dari cerita orang jemnya orang balik beraya di Kelantan ini daripada perjalanan 6 jam boleh jadi 12 jam kan...so hubyy merancang untuk balik melalui cameran highland...merasa sejuk gitu...so sangat2 berharap perjalanan hari ini berjalan lancar.


Bercerita pasal persiapan raya tahun ini, saya tak buat kuih raya pun...memang sangat teringin nak buat kuih raya tapi disebabkan masa dan oven pun tak de kat umah jadi terpaksala tangguhkan dulu hasrat untuk buat kuih raya ini. Iye la kan, kuih raya yang ditempah dan dibeli di PKNS tue sangat tidak memuaskan hati, rasa tak sura le sedap ke tak sebab tak de tester....rupa pun kureng menarik...sangat heran sebab 2-3 tahun lepas pun g jugak PKNS tue tengok kuih raya...nampak semuanya cantik2 tapi tahun ini tak tahu la apa dah jadi...nak gi jalan TAR tue memang tak la kan..sebab orang ramai sesangat dengan puasa dan ada budak kecik tak sanggup eden nak redah...


Tema raya tahun ini berwarna coklat, hubby jubah coklat, ibu pun jubah coklat jugak( disponser gitu oleh my sugar hubby)...asif baju melayu coklat (tak sabar nak tengok asif pakai baju melayu mesti encem kan...) Nak tengok baju raya kite...okay kita tunjuk gambarnya ye
 gambar ehsan pak cik goole
Baju Ayah

Baju Ibu

Ops dah time nak balik la...herm Selamat Hari Raya Semua....Semoga ramadan ini telah berjaya kita tempuhi dengan penuh keimanan....Da.....

Monday, 16 July 2012

Burger Daging

Resepi burger daging simple

Minggu lepas abang reqeust, untuk buat daging burger. Jadi ibu pun google la..
Jumpa banyak jugak resepi tapi ada bahan tambahan yang diperlukan jadi ibu simplekan resepi tue..

Ibu tulis resepi nie bukan apa takut lupa, nanti bila nak buat lagi boleh search sendiri..

Bahan
1) Daging cincang ( boleh buat sendiri guna food mixer atau beli je)
2) Bawang besar ( Dicincang )
3) Bawang putih ( Dicincang )
4) Lada hitam ( Ditumbuk )
5) Telur
6) Serbuk roti ( Atau biskut cream craker yang dihancurkan)

Cara Memasak
1) Gaulkan daging cincang bersama bawang besar, bawang putih dan lada hitam
2) Masukkan serbuk roti dan gaul sehingga daging melekat antara satu sama lain
3) Masukkan telur, jangan banyak sangat, agak2 daging melekat lebih baik
4) Ahkir sekali masukkan garam secukup rasa
5) Bentukkan daging tersebut bulat-bulat dan leperkan ikut saiz kegemaran. Jangan tebal sangat nanti susah nak masak dalam.
6) Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam
7) Bakar daging burger di dalam non stick pan, elakkan memasukkan majerin atau minyak (kalau nak guna olive oil tue ok la kot)
8) Bila daging dah masak, hiaskan di dalam roti burger bersama timun, tomato, daun salad, sos tomato dan mayonies.....herm sedap....selamat mencuba.

Ari tue buat dalam 200gm daging boleh dapat 6 biji burger, makan dengan roti pita. Saja nak carik kelainan...

Sunday, 15 July 2012

Weekend Sebelum Ramadhan

Jalan-jalan shopping ke Jalan TAR hari sabtu yang lepas. Iye la kan masa tengah-tengah bulan nie mana la ada duit nak shopping tapi. Disebabkan raya dah tak lama untuk duit baju raya asif kitaorg dah reserve skit. Duit dari bisnes jual tudung. Cadang nak beli baju warna purpel tapi tup tup abang kata warna coklat cantik. Coklat pun coklat la.

(Gambar huhu masih belum dapat up load sebab tak beli lagi usb untuk hp huhu yang lama dah hilang kot).

OTW balik, tengok dekat sogo macam tengah buat sale. Untuk member SOGO saja, kami dua nie sememang nya bukan member la sebab bukan kaki shopping. Dok beratur nak daftar jadi ahli, terbaca dekat situ untuk pemegang maybank kad pun boleh, jadis apa lagi serbu la masuk. Boleh la beli T-Shirt untuk asif dan abang. Bila dah masuk dalam Ya-Rabbi ramainya manusia. Semua orang macam xde hari esok dah nak shopping, tapi kami redah jugak. G terus tingkat 2, carik baju abang dekat B.U.M. Memang murah la harga dia, susahkan sebenarnya nak carik baju yang harga RM30 ke bawah, kecuali dekat bundle atau pasar malam. Kualiti pun ok, jadi pilih punya pilih abang ambik baju warna merah dan oren satu. Eh itu pink la abang, bukan merah. Tapi ok la tue, sebab abang pun tak de lagi baju pink, bila lagi kan. hehe.Abg jalan tak pakai tau, teringin gak tengok abg pakai baju warna merah jambu jalan-jalan

Cadang nak solat magrib di SOGO dan sambung beli baju asif. Tapi tengok kepada keadaan orang yang macam dah 'gila' disitu. Kami ambik keputusan untuk maghrib di stesen komuter bank negara saja la. Tak nak ambik risiko.

Balik kepenatan, risau asif lapo. Masuk je keta ibu terus suap asif makan, dan minum susu. Nasib baik anak ibu nie behave bila keluar jalan-jalan. Agaknya dia suka kot tengok orang ramai. Dah ngantuk sangat die tido atas bahu ibu.

Hari ahad yang BEST!!!

Minggu lepas google, jumpa tempat menarik untuk jalan-jalan. Iaitu di Paya Indah Wetland. Selalu tengok signboard je tak tahu lak ade tempat menarik di situ. Tempat ini banyak sangat tasik bekas dregging, nama kampung kat situ pun kg dreging.

Ada 2 hippo yang asyik berendam dalam air saja tak nak naik darat sebab panas kot dan 15 ekor buaya tembaga dalam tasik. Haha macam ngeri kan, tapi kawasan tersebut berpagar dan dikawal. Jadi insyallah selamat. Hippo dan buaya tue nampak gembira di dalam tasik tersebut mungkin disebabkan kawasan untuk diaorang hidup agak luas berbanding di Zoo.(macam le boleh tahu perasaan binatang kan hahaha). Menariknya kitaorang berbasikal di situ, ibu walaupun dah lama sangat tak berbasikal tapi ibu excited dan gembira sangat. Ayah lak kata nak datang lagi, bawak pancing. Boleh la ibu tumpang g jalan-jalan lagi kat situ kan. Selain hippo dan buaya, ada ayam yahudi, merak (yang bebas berjalan-jalan di kawasan tue), ikan dalam tasik, monyet dan lain-lain lagi. Asif nampak macam tak happy mungkin sebab dia tak paham lagi, dan penat saja. Tapi nanti bila asif dah besar skit mesti asif nak pegi lagi kan.

Harapan, semoga bulan puasa yang bakal menjelma akan menambahkan iman di dada, dosa-dosa yang banyak akan mendapat pengampunan daripada-Nya. (Herm dah tak boleh puasa penuh macam tahun lepas la)